Dalam sejarah…
AFF Suzuki dibawa balik ke Malaysia
En Markus mengamuk, marah
1 gol bolos lagi
Safee Sali bersyukur kegembiraan
Kerna pantang diberi peluang
Ledakan pasti menjadi
Fahmi matang di gawangnya
Kental menyelamatkan penalty En Firman
Walau dirobek tendangan Nasuha & tanpa sengaja dari Muslim
Dia tetap hebat
Shahrul langsung dikawal erat
3 lawan 1
Tidak diberi satu pun peluang
Dia tetap kreatif
Bisa mencuri peluang yang ada
En Raja tenang di luar padang
Bangga dengan anak buahnya
Pahlawan yang lain..
Anda memang hebat
Tahniah dan terima kasih
Pejuangan anda membuka hati PM
Mengumumkan cuti peristiwa Jumaat, 31 Disember 2010
Rakyat Malaysia akhiri tahun 2010 dengan kesyukuran
Dan aku?
Aku sangat gembira
Esok, Jumaat tak perlu kerja
Menguruskan apa yang patut di rumah sewaku
Sambil terus dan terus memikirkan kehidupan masa depan ku
Owh..aku diberitahu
Mereka memperoleh 100USD
Alangkah bahagianya aku
Sekiranya bisa disedekahkan untukku
Untuk aku meneruskan pengajian
Aku mahu…
Tapi???
Itu hanya angan-angan
Takkan semudah itu aku memperolehnya
Bagaimanakah untuk aku berusaha
Aku mahu menuju satu langkah kehadapan
Merealisasikan impian
Kerna aku mahu BERJAYA
Berjaya seperti mereka membawa piala itu ke tanah air
Mampukah?
Inshaallah...usaha disertakan dengan doa
wahh..xsia2 aku ajak mg masuk Kelab Penulisan & Penerbitan..CID tengok ni mesti lulus sajak ni masuk Laksamana!! ehhehehe..
ReplyDeleteeceh.kenangan di smt
ReplyDelete