Nuffnang Ads

Tuesday, December 25, 2012

3 hari before wedding Apek & Leuniey

Gatai tangan....
dah lama tak buat photoshop
maka terhasil la ini....

 

Credit to thephotolicious.com

By the way, semoga selamat lah semuanya...walau tatkala ini hangat la cerita-cerita yang pada saya waktu inilah nak keluar cerita untuk dihebah-hebahkan...
Saya kesian jugak dengan individu yang cuba mencari peluang untuk bercerita tentang kelemahan diri orang lain.
Banyaklah.... tapi satu pengajaran untuk saya, 

belajar untuk menjadi positif walau manusia hanya cuba untuk bersama dengan kita waktu kita senang bukan di waktu sukar kita.

Allah Maha Adil

What you give, you will get back 

Janji Allah itu pasti
 

Yes, yes, yes...kita bisa menjadi lebih kuat, lebih baik dan kita akan menjadi gembira

Hohohohoho...saya nak kasi hint sket. Apa kaitan Chocolate Desire by Shahira Elani dengan Perkahwinan Apek & Luni ni???




Kalau dah dapat agak tu baguslah kan kan kan




 

Sunday, December 23, 2012

Diaries of me : 2012 going to be ended

Tinggal beberapa hari lagi kan tahun ini akan berakhir.
Semestinya umur kita akan bertambah....

Tutup la buku lama

 

Catat semua di buku yang baru....


Masih banyak buku baru untuk dipilih.....

By the way, 2012 banyak kisah yang tercatat. Suka mahupun duka. Cukup untuk saya kenang perkara yang hanya menggembirakan tapi saya tak akan juga lupa untuk bersyukur di atas kisah yang duka kerana di situ bermulanya langkah-langkah ke arah perkara suka. gitu la kononnya kan. hahahaha

Tahun ini, saya decide untuk buat part time. Isi waktu malam saya dengan menambah ilmu di office part time. Ada perkara yang boleh saya sumbangkan dan ada perkara baru yang boleh saya pelajari. Alhamdulillah.

Kisah di office (office di waktu siang. hehehe) banyak dugaan. Bermula selepas superior saya resign, bermulalah hidup sebagai seorang executive yang berdikari. Serius, sangat-sangat tak boleh diterima. Tapi itu takdir Allah untuk saya menjadi lebih baik. Saya present sorang-sorang dalam management meeting. Bila cakap management meeting mestilah orang-orang yang berpangkat di dalam itu kan. Dan hanyalah saya seorang sahaja executive. Kena marah, kena perli, kena tunding jari....semua buat saya jadi hati kebal. Babil. Hingga pernah saya buat statement 

I was born to be scolded.

huhuhuhu. Takpa, semua itu penuh hikmahnya...saya akan cerita nanti.

KPI? hurm....tak nak banyak komen. Sekali lagi masa appraisal saya rasa down gila....tapi Allah itu Maha Adil, Maha Penyanyang. Dia dengar setiap kata-kata saya di dalam doa walaupun saya banyak tak ikhlas melakukan apa yang disuruhNya......
Allamdullillah....company ada buat restructuring. Saya dah kena handle project bukan specific lagi dengan landscape. In shaa Allah banyak benda baru saya akan belajar. 
Syukur pada Allah kerana mengurniakan hadiah yang tak ternilai lagi bagi saya. Dia hadirkan seorang sahabat yang tersangat baik di dunia ini dan In shaa Allah di akhirat jua. Sahabat yang tak pernah jemu mendengar luahan saya dan tak lekang menasihati saya. Antara pesanan, cuba untuk menunaikan solat Dhuha.
Alhamdulillah.....
Allah Maha Mendengar.....saya keluh kesah denga apa yang saya hadapi di office. Paling saya takut, keberkatan duit yang saya dapat bulanan itu. Saya tidak ikhlas, mana mungkin duit itu berkat. Saya takut.
Saya sentiasa memohon keberkatan...duit tu lah yang saya beri pada ibu bapa saya bulanan. Moga setiap ringgit itu punyai keberkatan dari Allah s.w.t.
Akhirnya, restructuring itu saya berada di bawah superiors yang saya rasa lebih bertanggungjawab. In sha Allah. Alhamdulillah.

Tahun ini juga, saya decided untuk further study. Pertemuan dengan kawan-kawan lama memberi idea untuk saya further MBA di UUM KL. Kalau tak dalam kepala ni UTM je la kan. hehehehe.
Alhamdulillah, banyak ilmu yang saya pelajari.
Banyak kesabaran dan ketekunan....
Sekali lagi saya diuji. 
Ada satu subject yang saya amik ni, kelas hari sabtu pukul 3. Masa hari presentation, dalam pukul 12 saya diberitahu oleh groupmate yang dia nak drop subject tersebut tanpa menyiapkan satu patah pun assignment. Allahhuakbar. Saya terima dengan redha. Ada hikmah disebalik ini. 
Nasib baiklah keseluruhan assignment tu saya dah cover, tinggal 2 points sahaja untuk groupmate saya buat. Itu pun saya dah beri point-point dan references. Katanya dia stress...Whatever la...malas saya nak layan. Owh untuk penggetahuan, saya memang tak suka orang yang banyak cakap. Jadi, disebabkan individu tersebut tergolong dalam golongan itu, maka saya malas nak layan dan tak amik pot. Tak ada dendam pun. Apa yang dia buat, dia akan dapat balik. Betul tak? Saya tak doakan pun. Tapi of course la benda tu reflect imej dia kan. Masa saya inform lecturer pun terkejut. Classmate apatah lagi. Mulalah ada yang pernah experienced dengan individu tersebut bercakap-cakap. Apa-apa jela....tak nak ingat sebab tak penting.
Ok nak dijadikan cerita, lecturer saya suruh saya present dengan apa yang ada. Jadi, saya present je la kan. Sebelum present, lecturer buat announcement pada kelas yang saya akan present sorang-sorang. Satu kelas bagi tepukan..huhuhuhu agak terharula...habis je present, nak duduk ada seorang classmate ni, dia sudah senior and berpangkat di luar, menunjukkan thumbs up pada saya. Alhamdulillah, lagi tanda sokongan dan semangat untuk saya. Kemudian, lecturer datang dan cakap

You are very brave

Saya tersengeh-sengeh dan membalas, Thank you


Sebenarnya saya nak kaitkan di sini, pengalaman saya present sorang-sorang dalam management meeting tu la yang saya gunakan untuk present hari tu. Jadi, semua yang terjadi ada hikmahnya.
Hari itu baru saya celik....Astaghfirullahhanaazim....

Sekarang saya tengah tunggu result for my first sem. Saya hanya mampu berdoa kerana Doa mampu untuk mengubah takdir seseorang (baru pagi tadi dengar Sham Kamikaze kat dalam Nasi Lemak Kopi O)

Akhir tahun ini, bertambahlah ahli keluarga. Kakak dah selamat melahirkan puteri yang kedua. Nur Sumayya

 
Nur Safiyya dan Nur Sumayya...cinta hati saya

Sebenarnya ada kisah disebalik kelahiran dua orang puteri ini. Dulu masa Safiyya lahir, beberapa hari selepas itu, ayah saya tiba-tiba kena stroke dan dimasukkan ke hospital. Waktu itu Allah saja Maha tahu. Alhamdulillah, ayah makin sihat kini. Terhibur dengan keletah cucu-cucunya.
Kali ini, Sumayya lahir pada waktu abah toknya (ayah abang ipar saya) berada di hospital.Juga ada hikmah kan disebalik kejadian ini. Actually abah tok tu adalah bekas cikgu dissiplin sekolah saya. Sekarang kami memang rapat.
Lagi ada  benda yang saya nak kongsikan mengenai cikgu saya ini. Saya tahu beliau dulu garang orangnya, kerana seorang guru disiplin mestilah tegas, ye ko dop? tapi saya tak pernah la kena marah pun...Saya lihat cikgu seorang yang baik dan saya tahu banyak sumbangan beliau pada masyarakat sekeliling. Jadi, tidak hairanlah, lepas Jumaat yang lepas, saya diberitahu oleh sahabat baik saya, ada solat hajat di masjid berdekatan rumah beliau. Semuanya untuk memohon kesejahteraan beliau.
Hurm...kisah seorang lelaki yang tak jemu melangkah kakinya ke masjid....
Dapat tak pelajari dari kisah ini? Saya tak nak teruskan...sebab akan banjir pc saya ni. huhuhuhu
Saya doakan kesejahteraan beliau dan ahli keluarga diberi kesabaran dan kecekalan.


Itu je la kot kisah 2012 saya...yang saya ingat waktu menaip ni la kan....Pelbagai kisah yang berlaku yang banyak perkara saya boleh pelajari.....
Semuanya mesti berfikir positif. Positif dengan Allah. Setiap yang berlaku adalah ketentuanNya.
Semoga tahun depan akan lebih baik dari tahun ini...hehehehe


Owh yea, tahun depan saya dah 28 la...dulu target kahwin umur 28. Dah boleh start untuk 30 hari mencari cinta ni. hahahaha.....Tak boleh blah la dengan ayat Shahira Elani tu.


Ada beberapa target saya tahun hadapan yang biarlah menjadi rahsia...gitu kan...hahahah


Oklah sekarang saya nak fokus tengok movie ni





Monday, December 10, 2012

Kembali lagi

Bismillahhirahmannirahim....

Dah lama tak update blog.

Sangat la tak consistent kan kan kan. hehehehe

Hidup makin horror. hahahaha....disebabkan ke'horror'an ini, saya nak ambil kesempatan nak minta maaf dengan sesiapa sahaja yang agak kurang selesa dengan keadaan saya sekarang. Either yang terasa secara langsung ataupun tidak langsung. Mohon maaf sekali lagi.

Segala kata-kata anda saya dahulukan ribuan terima kasih. Saya telah pun tunekan all the words to be positive. Terima kasih kerana berani berkata-kata sedemikian. Minta maaf juga atas kekhilafan saya sehingga menyebabkan anda berkata sebegitu.

Kepada yang dari awal tak lokek memberi kata-kata semangat, terima kasih sangat sangat. Allah sahaja yang boleh balas.



Alhamdulillah hari ini dah habiskan satu semester. Selesai sudah. Tadi before balik sempat la bergambar satu kelas dengan lecturer sekali.




Before tu, sempat la saya snap gambar. Candid! Hobi baru sekarang. Inilah hasilnya


hahaha apalah yang Mr Selva buat kat Dr tu??? 

Dalam kelas memang Dr and Mr Selva nila yang banyak buat lawak. Dalam kelas memang gelak je. hahahaha.

 
ini group member saya. First group for first sem. Memang best sangat. Dikenali sebagai Group Dominos and Pizza. Haritu present kami siap called Dominos datang kelas. Then, classmate enjoy makan pizza. hahahaha

Actually frust jugak tadi tak dapat jawab semua. Gua tak sempat oih....Satu kelas kot tak sempat. huhuhuhu. Apa boleh buat....

(iklan jap: nape suara awie ni sedap sangat...adoiiiii)

Thus, kemerdekaan ini saya nak berhoye hoye dengan orang yang banyak bagi semangat pada saya. Orang Kelantan datang KL weh....

Nak cakap jugak...tak sabar nak tunggu akhir tahun ni. Ada something Chocolate Desire akan present. Nantikan......cewah!!!gitu



 Akhir tahun juga nak g countdown kat Shah Alam dengan Ustaz Azhar. In sha Allah kalo tak ada apa-apa sampailah ke sana. Kengkawan lain, moh la same kita pegi sana. hehehehehe

(iklan lagi: tak sukalah ada individu ini bagi talked berunsurkan hasutan. Anda bukan good leader....well, i belajar leadership ok...abaikan dia. Off tv)

Okla, nak chow chin chow....pada orang-orang kelantan yang tengah plan nak buat event, boleh la buat tempahan chocolate fountain dengan chocolate desire ni.Acu cuba try test eh...
Anda boleh search  FACEBOOK CHOCOLATE DESIRE di sini.



Tata....








Friday, September 28, 2012

Hidup mesti happy

Kali ini tak sampai sebulan, rasa nak update blog. Hehehe
Memang masa tersangat la tight sekarang ni. Kerja, part time then study. Sekarang ni pulak dah kena start buat assignment. Huhuhu. Yang penting study betul-betul boleh releasekan tension kerja.
Kerja??? Biasalah, tak sah tak bagi orang pressure kan. Tapi saya dah set dalam mind, saya tak akan biarkan diri saya stress lagi dengan kerja-kerja ni. Nonsense! Tak pasal nak sakit kan kepala sebab kerja. Jadi cool je. Kalau ada orang yang cuba nak pressure kita, either kita pressure balik atau kita buat tak tahu aje. Serius, nonsense kita stress sebab kerja. Kalau stress sebab banyak buat dosa atau tak cukup amal ibadat yela jugak. Sebab mati tak tahu bila. Kerja sampai bila tak akan habis.
Sekarang saya ada aim sesuatu bersama rakan baik saya. Inshallah semuanya dalam progress. Inshaallah mudah-mudahan diberkati dan dipermudahkan.
*iklan: tetiba je akaq kat opis saya ni membebel. Ada je tak kena dengan orang lain. Huh! Ini lagi satu gangguan yang saya cuba nak lari
Dalam kesibukan merencanakan diri ni, terselit jugalah unsur-unsur yang kita elakkan. Cuba berlari tapi ada rupanya mengejar kita. Hurm…takpa la anggapkan itu satu ujian. Cukup kita maafkan orang dan kita harus ikhlas maafkan. Even perkara yang lepas memang tersangat la perit kan. Takpe. Cuma tak mungkin la kita dapat treat macam biasa. Gap tu tetap ada. Tak perlu la nak doakan agar dia akan rasa apa yang kita rasa. Ala macam orang selalu cakap tu, “ Takpe, nanti one day u akan rasa apa yang I rasa” dak gitu? Owh, tak payah la dek non oi. Doakan je apa yang terbaik. Tak usah nak berdendam. Dah namanya Allah itu Maha Adil. Dia Maha tahu apa yang perlu dilakukan.
Disebabkan rasa tenang dalam hati & happy maka, berat badan pun giat la menaikkan. Ada sorang guard dekat sales office tu tegur saya,
Guard   : U, Nik Mastura right?
Saya     : Yes, I am. Why? (akaq ni memang kepoh, mesti je nak tahu semua kan)
Guard   : Nothing. You look fat now.
Saya     : Ha? (sentap mak)
Guard   : No, because last time you are so thin. Now is ok.
Tak agak-agak kan si guard ni kan. Hahaha. Jadi, maknanya saya dah mula membina badan. Muka dah bulat dan seluar dah ketat. Sekian ok.
By the way nak cakap, oaring Malaysia ramai yang gemok sebab orang Malaysia selalu senang hati J








Sunday, September 16, 2012

Soalan raya : jodoh?

 

Terus terangnya saya hanya update sebulan sekali agaknya yea blog ni. hajat di hati memang nak consistent tapi.......hahahaha banyak sungguh la alasannya. 

By the way Syawal pun dah habis, tapi cerita pasal raya masih ada. hehehe
Saya pun nak update jugak pasal raya. 

Alhamdulillah raya kali ini ada banyak kegembiraannya. Banyaklah...syukur!
Disebabkan happy maka saya memang aktiviti lama sudah kembali.


Apa lagi kalau tak MAKAN!!! maka dengan itu hanya dalam masa seminggu saya pun menambah baikkan berat badan saya sebanyak 3 kilo.
Terbaik!!!

Kali ini jugak, ada la banyak sikit bergambar dari tahun-tahun lepas. Boleh la








Jadi, bila dah kumpul ramai-ramai cam gni, maka ramailah yang bertanyakan soalan untuk saya yang single ni kan. Single lagi ke i ni???hahahaha

 
Kalau korang apa jawapan bila ditanya macam tu???

Saya dah kehabisan jawapan. Jadi, saya boleh cakap tolong doakan saya. Yela banyak tanya sangat, doakannya tak. huh! hahahaha

Sampai maso nanti den bawok la balik ngumah nyo nanti yo. Jangan ngiso la sangat. hehehehe. (tetibo jadi nogori sombilan ni konapo??? ado hint ko ni.)


Begitulah yea. Sesiapa yang berada di situasi sama macam saya, jangan lah ambik hati sangat. Bersikap lah terbuka. Mungkin yang bertanya tu mereka yang mengambil berat tentang diri kita. Mereka mahu melihat kita hidup gembira dan bahagia. Cheers!!!
 
 

Thursday, August 16, 2012

SELAMAT HARI RAYA

 

Salam semua.....

Hari ni kita dah nak balik kampung. Kampung kita tu..nun di sana.....hehehehe
Kita bakal gerak dengan kakak, abang ipar dan budak cenonek ni..Nur Safiyya



Mudah-mudahan perjalanan kami orang akan selamat dan diberkati. Inshaallah.

Perlukah saya stand by untuk jadi driver??? Driver reserve je la. hehehehe

Apa-apa pun mental & fizikal sudah bersedia jika-jika terdapat jam roti kaya di tengah jalan tu kan.
tapi mudah-mudahan tak la. Jadi, perjalanan pun smooth je. Inshaallah


Oleh itu, Selamat Hari Raya la untuk semua. Masih ada baki Ramadhan untuk kita. Semoga kita gunakan dengan sebaik mungkin. Inshaallah


 


Monday, August 13, 2012

Masih sempatkah???

 
Ya Allah, RAMADHAN hampir pada penghujungnya....

Tapi

pengisian ku masih belum cukup












Sunday, August 5, 2012

Nak Kurus???? Tanya saya!

Gitulah kira-kiranya tagline untuk Herbalife bila ditranslate ke bahasa Melayu.






Sebenarnya bukan saja boleh kurus tapi juga boleh sihat tau. Since awal Ramadhan Ceq Mas  tak rasa sikit pun lembik bila minum ni. Bukan maksudnya puasa ni meletihkan, masalahnya Ceq Mas ni berpenyakit. Gastrik & low blood pressure. Jadi, nasi tu mesti la kan...So far, alhamdulillah. Lagi-lagi sekarang ni banyak stay back. Tidur pun just 2,3 & 4 jam je sehari compare dulu 8,9,12 jam kan. hahahahaha



Cara-caranya ialah.......





 





Jimat pun jimat tau. Cuma kadang-kadang tu teringin jugak nak makan nasi kerabu + bawang putih jeruk tu kan...alahai....


 


 
 Boleh la sama-sama kita cuba untuk kesihatan diri kita ni. Ceq Mas pun yang banyak tolong Kak Ziti. Dia sangat-sangat la baik. huhuhuhuhu.... Ceq Mas amik pun lebih kepada nak kurangkan jerawat. Bukan nak turunkan sangat pun. Tapi tula masa joined event Herbalife baru-baru ni kat Gambang, nape nampak gemuk sangat ye??? aiya.....tapi berat masih maintain. Maybe tu ilusi optik kot. hahahaha

I yang pakai baju biru paling kiri tu. Sebelah I tula Kak Ziti


I pun yakin sebab tengok Kak Ziti nila. Dulu I memang perasan dia agak chubby kan, pastu I (aik, dan dan je I, Ceq Mas la) nampak dia makin mengecil. So, bila tanya dia citer la pasal produk ni. Nak tengok tak Kak Ziti & husband dia dulu??? Eh dulu dan sekarang la kan








Gitulah al-kisahnya...Kalo gitu Ceq Mas pun nak cuba turunkan lagila. Dalam 48kg ke. hehehe ala ala time study dulu. yeahhhh lagi 4kg je. tak banyak pun. chaiyok chaiyok!!!






Thursday, August 2, 2012

Tips Nak Takutkan Kanak-Kanak Melalak

Jahatnya....

Takpe, kadang-kadang kita terasa nak marah kan dengan budak-budak yang kalau mereka nanges, kita pujuk, tapi tak nak berhenti jugak.


Jadi, caranya ialah






















 Korang buat la mata macam ni.







Ceq Mas memang selalu buat gni. either nak suruh diaorang berhenti nanges, nak takutkan mereka supaya reti duk diam ataupun saja usik-usik (bergurau la kan)



Selamat mencuba............



Tuesday, June 19, 2012

Jangan Bersedih, Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia

Sebuah buku hasil tulisan Dr 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni


Susunan kata-kata yang mengimbau untuk wanita hidup lebih bahagia dengan agamanya, merasa senang dengan kurnia Allah yang telah dianugerahkan kepadanya dan bergembira dengan pelbagai nikmat yang dimiliki.

Ayuh wanita "Andalah yang berada di atas gunung harapan dan lembah keredaan dan berbahagialah kerana andalah wanita yang paling bahagia di dunia ini"

Terima kasih yang tak terhingga untuk sahabat dunia dan inshaallah jua di akhirat, SHAHIRA ELANI.


Usirlah segala macam kesedihan dari dalam diri kita, bayang-bayang kedukaan dan mimpi-mimpi buruk, ketakutan dan kekhuatiran.


Pesanan untuk diri sendiri Janganlah terus-mengeluh atau senang mengeluh. kukuhkan tekad, nescaya berolehla kemudahan. Inshaallah
Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, June 11, 2012

Shopping Online – Beaded & Laced Cotton

Ceq Mas ada menyediakan jualan baju kurung Pahang
Kain Cotton & dijahitkan manik-manik yang sungguh cun melecun dengan harga yang sangat berpatutan.
Siapa yang berminat bolehlah menghubungi Ceq Mas di ceqmas@gmail.com.







Friday, June 1, 2012

Cuba tengok gambar ini



Boleh pening kepala tengok ilusi optik ni kan?
Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, May 18, 2012

Warkah by Bau

Ceq Mas tak kenal siapa Bau ni. Tapi suka la dengar lagu dia kan......

Terima la decoration grafik dari hamba berdasarkan lagu ini.....

Maybe lepas ni boleh fikir buat Terukir bintang pulak la kot....


Thursday, May 17, 2012

Budak makin membesar

My Nur Safiyya dah makin besar.
Rajin iron baju

pandai gubah bunga

expert guna galaxy tab. hurm budak sekarang.


Eh dia pun dah pandai membebel tau. hahaha. Safiyya safiyya.

Moga sentiasa diberkati.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, May 15, 2012

I'm Back

Dah lama rasanya tak update blog. Kehidupan Ceq Mas yang makin busy….busy la sangat kan.
Bukan la akitiviti yang penuh. Alhamdulillah dah dapat concentrate kerja balik.

Best jugak kerja ni....macam-macam buat.

Bosan kat office pergi site.
Site panas balik office.

Dari site yang kosong panas giler,
Dari gersang macam padang pasir tu,
Dari tempat yang berbatu-batu,
Last last jadi hijau penuh dengan pokok,
Jadi ekosistem baru la,
Seronok....



Sunday, April 1, 2012

A Day in Kota Bharu

Ceq Mas ni nama je orang kelantan. Tapi bukan tahu sangat tempat-tempat menarik kat sana.
Baru-baru ni Ceq Mas keluar dengan kawan-kawan. kira small gathering la kan. Lagi pun dah lama x jumpa. Tambah-tambah pulak yang sorang tu dah lama tak balik malaysia.
best sangat...kebanyakan dah berjaya.
Dari makadn nasi kukus kat pengkalan chepa, kami ke tuti fruti dekat taman bendahara tengku anis, pastu ke pantai cahaya bulan. lebih kurang 13tahun dah tak pergi pcb. alhamdulillah. rasa macam pergi bercuti pulak. hehehe

Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, March 12, 2012

Apa kaitan topi petani & Aura Maya???

Last Friday, Ceq Mas & contractor kena pergi ukur rumput yang dah ditanam sebab contractor nak submit claim. Dah lama dah tak jumpa si contractor ni.
Lama la jugak menunggu dia, hamper satu jam. Alih-alih dia datang dia kasi topi petani. ‘Ni untuk lu’



Ok Ceq Mas pun amik dan pakai. Yela panas kan…
Tiba-tiba dia cakap, waaaa lu sudah putih oh
Tak macam dulu oh, banyak hitam oh…
Sekarang banyak lawa oh…tak macam dulu….
Hahahaha Ceq Mas gelak je…
Dia belikan  topi tu rupanya sebab takut Ceq Mas hitam yeaa…ala concernnya si apek ni.
Xie xie ni
Putih sangat ke??? Maybe sebab Aura Maya ni kot.

Hurm kalau ada yang nak order boleh bagi tau Ceq Mas. Nanti Ceq Mas kasi contact no kawan yang selalu Ceq Mas amik…


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...