Nuffnang Ads

Monday, December 27, 2010

A day of Jumaat

Jumaat, 24/12/2010
Journal ini ditulis pada tarikh di atas, Cuma Ceq Mas x sempat nak upload saje..
Lunch: jalan-jalan menuju ke Muar Coffe House untuk menjamu selera bersama-sama 4 lagi sahabat office. Kesemua mengenakan T-shirts rasmi office since today is the last day working for this week kecuali seorang sahaja yang memakai baju kurung bagi menghormati hari Jumaat, T-shirt tu x selesa katanya. X serap peluh..tapi untuk Ceq Mas ok aje.lagipun  Ceq Mas selalu keluar pegi site, tak sesuai rasanya memakai baju kurung. Ok lah berbalik kepada cerita lunch tadi. Tatkala kami menghampiri pintu masuk restoran, terlihat 3 orang lelaki yang agak berumur memandang ke arah kami di tempat letak kereta.Hurmm, sejurus itu, kedengaran pula siulan nakal yang sudah pastinya Ceq Mas yakin dari ayah-ayah yang ????…tidak berapa sedarkan diri itu.
Dalam restoran: sedang kami menunggu menu yang dipesan, 2 sahabat Ceq Mas mengadu lemas, rupanya tak tahan dengan bau rokok. Ohh! Rupa-rupanya ayah-ayah tersebut yang merokok. Ceq Mas langsung tidak mengambil kisah, leka Ceq Mas memerhatikan gadis ayu berbaju pink ketat, berjeans & bertudung di meja sebelah kanan.Sweet sangat. Jauh bersih kulitnya dari Ceq Mas. Gadis yang khusyuk melayari FB itu kemudiannya bangun (ke toilet agaknya) dan datang balik, duduk. Waktu itu, entah kenapa Ceq Mas tertoleh melihat ayah-ayah tersebut…Waaa… mereka mengusha gadis itu. Mata mereka bergerak dari atas ke bawah sambil mulut terkumat kamit berkata sesuatu antara mereka, kemudian, ketawa.Gatalnya..ayah-ayah ni yea.
Rakan-rakan masih lagi mengomel tentang bau busuk rokok. Ceq Mas pula tertoleh ke satu sudut terpampang di situ sign No Smoking. Haaa ape lagi laju je mulut Ceq Mas ‘pak cik no smoking tu’. Sayangnya mereka tidak mendengarnya. Sia-sia usaha Ceq Mas.
Kemudian, terlintas dalam kepala ‘Hari ini hari Jumaat, tak semayang ke mereka ni?’ Sejurus itu, azan Zohor berkumandang dan mereka masih di situ.. tiada apa yang mampu Ceq Mas katakan lagi. Syukur Ya Allah, aku tidak dikurniakan seorang ayah yang bukan dari golongan mereka.

Semoga peristiwa ini akan menjadi iktibarkepada Ceq Mas.
1)      Jagalah waktu solat. Azam tahun baru calendar Islam, Ceq Mas & Oya ialah nak solat awal waktu. Insyaallah..tidak kira siapa kita, lelaki, perempuan, muda atau tua.sama saja tanggungjawab kita selagi menganuti agama suci ini. (Ceq Mas tulis ini pun sebagai peringatan penting untuk diri Ceq Mas)
2)      Jagalah pakaian kita semua, terutamanya kaum wanita. Ceq Mas pun harus banyak beringat. Hari semakin tua..yang lepas x dapat diperbetulkan lagi yang mendatang wajib tidak diulang lagi.

2 comments:

  1. Setan dah berjanji akan menyesatkan umat manusia,so kalu xleh cara kasar (buka aurat) die pakai cara halus (tutup aurat tp dgn pakaian ketat)..

    fikir2kan dan selamat beramal..

    **baju aku byk dah ketat ni sbb perut dah makin besar..waaa xleh pakai kebaya dah!! (lame dh padahal xpakai kebaya)

    ReplyDelete
  2. sama2 la kita.thanks for sharing

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...