Tinggal beberapa hari lagi kan tahun ini akan berakhir.
Semestinya umur kita akan bertambah....
Tutup la buku lama
Catat semua di buku yang baru....
Masih banyak buku baru untuk dipilih.....
By the way, 2012 banyak kisah yang tercatat. Suka mahupun duka. Cukup untuk saya kenang perkara yang hanya menggembirakan tapi saya tak akan juga lupa untuk bersyukur di atas kisah yang duka kerana di situ bermulanya langkah-langkah ke arah perkara suka. gitu la kononnya kan. hahahaha
Tahun ini, saya decide untuk buat part time. Isi waktu malam saya dengan menambah ilmu di office part time. Ada perkara yang boleh saya sumbangkan dan ada perkara baru yang boleh saya pelajari. Alhamdulillah.
Kisah di office (office di waktu siang. hehehe) banyak dugaan. Bermula selepas superior saya resign, bermulalah hidup sebagai seorang executive yang berdikari. Serius, sangat-sangat tak boleh diterima. Tapi itu takdir Allah untuk saya menjadi lebih baik. Saya present sorang-sorang dalam management meeting. Bila cakap management meeting mestilah orang-orang yang berpangkat di dalam itu kan. Dan hanyalah saya seorang sahaja executive. Kena marah, kena perli, kena tunding jari....semua buat saya jadi hati kebal. Babil. Hingga pernah saya buat statement
I was born to be scolded.
huhuhuhu. Takpa, semua itu penuh hikmahnya...saya akan cerita nanti.
KPI? hurm....tak nak banyak komen. Sekali lagi masa appraisal saya rasa down gila....tapi Allah itu Maha Adil, Maha Penyanyang. Dia dengar setiap kata-kata saya di dalam doa walaupun saya banyak tak ikhlas melakukan apa yang disuruhNya......
Allamdullillah....company ada buat restructuring. Saya dah kena handle project bukan specific lagi dengan landscape. In shaa Allah banyak benda baru saya akan belajar.
Syukur pada Allah kerana mengurniakan hadiah yang tak ternilai lagi bagi saya. Dia hadirkan seorang sahabat yang tersangat baik di dunia ini dan In shaa Allah di akhirat jua. Sahabat yang tak pernah jemu mendengar luahan saya dan tak lekang menasihati saya. Antara pesanan, cuba untuk menunaikan solat Dhuha.
Alhamdulillah.....
Allah Maha Mendengar.....saya keluh kesah denga apa yang saya hadapi di office. Paling saya takut, keberkatan duit yang saya dapat bulanan itu. Saya tidak ikhlas, mana mungkin duit itu berkat. Saya takut.
Saya sentiasa memohon keberkatan...duit tu lah yang saya beri pada ibu bapa saya bulanan. Moga setiap ringgit itu punyai keberkatan dari Allah s.w.t.
Akhirnya, restructuring itu saya berada di bawah superiors yang saya rasa lebih bertanggungjawab. In sha Allah. Alhamdulillah.
Tahun ini juga, saya decided untuk further study. Pertemuan dengan kawan-kawan lama memberi idea untuk saya further MBA di UUM KL. Kalau tak dalam kepala ni UTM je la kan. hehehehe.
Alhamdulillah, banyak ilmu yang saya pelajari.
Banyak kesabaran dan ketekunan....
Sekali lagi saya diuji.
Ada satu subject yang saya amik ni, kelas hari sabtu pukul 3. Masa hari presentation, dalam pukul 12 saya diberitahu oleh groupmate yang dia nak drop subject tersebut tanpa menyiapkan satu patah pun assignment. Allahhuakbar. Saya terima dengan redha. Ada hikmah disebalik ini.
Nasib baiklah keseluruhan assignment tu saya dah cover, tinggal 2 points sahaja untuk groupmate saya buat. Itu pun saya dah beri point-point dan references. Katanya dia stress...Whatever la...malas saya nak layan. Owh untuk penggetahuan, saya memang tak suka orang yang banyak cakap. Jadi, disebabkan individu tersebut tergolong dalam golongan itu, maka saya malas nak layan dan tak amik pot. Tak ada dendam pun. Apa yang dia buat, dia akan dapat balik. Betul tak? Saya tak doakan pun. Tapi of course la benda tu reflect imej dia kan. Masa saya inform lecturer pun terkejut. Classmate apatah lagi. Mulalah ada yang pernah experienced dengan individu tersebut bercakap-cakap. Apa-apa jela....tak nak ingat sebab tak penting.
Ok nak dijadikan cerita, lecturer saya suruh saya present dengan apa yang ada. Jadi, saya present je la kan. Sebelum present, lecturer buat announcement pada kelas yang saya akan present sorang-sorang. Satu kelas bagi tepukan..huhuhuhu agak terharula...habis je present, nak duduk ada seorang classmate ni, dia sudah senior and berpangkat di luar, menunjukkan thumbs up pada saya. Alhamdulillah, lagi tanda sokongan dan semangat untuk saya. Kemudian, lecturer datang dan cakap
You are very brave
Saya tersengeh-sengeh dan membalas, Thank you
Sebenarnya saya nak kaitkan di sini, pengalaman saya present sorang-sorang dalam management meeting tu la yang saya gunakan untuk present hari tu. Jadi, semua yang terjadi ada hikmahnya.
Hari itu baru saya celik....Astaghfirullahhanaazim....
Sekarang saya tengah tunggu result for my first sem. Saya hanya mampu berdoa kerana Doa mampu untuk mengubah takdir seseorang (baru pagi tadi dengar Sham Kamikaze kat dalam Nasi Lemak Kopi O)
Akhir tahun ini, bertambahlah ahli keluarga. Kakak dah selamat melahirkan puteri yang kedua. Nur Sumayya
Nur Safiyya dan Nur Sumayya...cinta hati saya
Sebenarnya ada kisah disebalik kelahiran dua orang puteri ini. Dulu masa Safiyya lahir, beberapa hari selepas itu, ayah saya tiba-tiba kena stroke dan dimasukkan ke hospital. Waktu itu Allah saja Maha tahu. Alhamdulillah, ayah makin sihat kini. Terhibur dengan keletah cucu-cucunya.
Kali ini, Sumayya lahir pada waktu abah toknya (ayah abang ipar saya) berada di hospital.Juga ada hikmah kan disebalik kejadian ini. Actually abah tok tu adalah bekas cikgu dissiplin sekolah saya. Sekarang kami memang rapat.
Lagi ada benda yang saya nak kongsikan mengenai cikgu saya ini. Saya tahu beliau dulu garang orangnya, kerana seorang guru disiplin mestilah tegas, ye ko dop? tapi saya tak pernah la kena marah pun...Saya lihat cikgu seorang yang baik dan saya tahu banyak sumbangan beliau pada masyarakat sekeliling. Jadi, tidak hairanlah, lepas Jumaat yang lepas, saya diberitahu oleh sahabat baik saya, ada solat hajat di masjid berdekatan rumah beliau. Semuanya untuk memohon kesejahteraan beliau.
Hurm...kisah seorang lelaki yang tak jemu melangkah kakinya ke masjid....
Dapat tak pelajari dari kisah ini? Saya tak nak teruskan...sebab akan banjir pc saya ni. huhuhuhu
Saya doakan kesejahteraan beliau dan ahli keluarga diberi kesabaran dan kecekalan.
Itu je la kot kisah 2012 saya...yang saya ingat waktu menaip ni la kan....Pelbagai kisah yang berlaku yang banyak perkara saya boleh pelajari.....
Semuanya mesti berfikir positif. Positif dengan Allah. Setiap yang berlaku adalah ketentuanNya.
Semoga tahun depan akan lebih baik dari tahun ini...hehehehe
Owh yea, tahun depan saya dah 28 la...dulu target kahwin umur 28. Dah boleh start untuk 30 hari mencari cinta ni. hahahaha.....Tak boleh blah la dengan ayat Shahira Elani tu.
Ada beberapa target saya tahun hadapan yang biarlah menjadi rahsia...gitu kan...hahahah
Oklah sekarang saya nak fokus tengok movie ni