Semua tulisan ini adalah hasil dari pendapat saya sahaja.
Saya tidak mengagungkan individu disebutkan juga tidak lebih kerana beliau juga hamba Allah, umat Rasulullah s.a.w.
Tulisan ini lahir hanya kerana kekaguman terhadap apa yang telah beliau lakukan.
Ayatul Husna...
Seorang watak di dalam filem & sinetron Ketika Cinta Bertasbih.
Ceq Mas tidak pasti kenapa Ceq Mas lihat watak ini sebagai suatu yang menarik sehinggalah waktu entry ini ditulis
Ceq Mas lihat dia sebagai seorang yang punyai prinsip hidup yang kukuh. Jalani kehidupan untuk mencari redha Allah semata-mata.
Dia gadis kampung yang bersemangat waja. Hidup tanpa ibu dan bapa di zaman muda. Tidak banyak bergantung pun pada abangnya, Khaerul Azzam. Ya, seorang yang berdikari.
Sangat cool & tidak mudah melatah bila sesuatu terjadi. Dia gunakan ilmu & ketenangan yang ada untuk selesaikan masalah. Nampak calm sangat. Mungkin nampak dia agak huru hara bila dia letak jawatan. Hanya disebabkan kisah yang berkaitan cinta. Tapi dia tetap tidak 'lost' pada Ceq Mas sebab tindakan itu untuk menjauhkan diri dari masalah yang mungkin akan datang lagi jika dia masih bekerja dengan Furqan.
Dia juga banyak tenangkan Anna bila berselisihan dengan Azzam. Kata-kata dia sangat bermakna buat Anna.
Dia sangat setia. Dia sukakan Illyas sebab itu dia berat hati mahu menerima lamaran Furqan.hehehe mamandai je aku ni.Tapi terpaksa dibuat sebab mahu lupakan Illyas yang sudah jadi tunangan orang. Yang best, bila dia tengah 'angaukan' si Illyas tu, dia cepat sedar. Berterusan memohon keampunan, 'Astagfirullahhanaazim' tak akan lekang dari mulut. Anda ade buat macam tu????hahaha.Lagi banyak mengelamun adelah...Oppss..saya pun sama
Dia sanggup kasi Illyas tuk Qonita sebab tidak mahu Qonita kahwin dengan Azzam..bayangkan...pengorbanan dia..huhuhuhu..
Ini ada sikit ulasan watak utama untuk Ketika Cinta Bertasbih & pandangan dari sudut cerita yang hendak disampaikan. Menarik sangat tulisan ini. Sama-sama kita baca