Happy birthday! Semoga dipanjangkan usia & sentiasa berjaya
Itu kebiasaan yang selalu diucapan oleh kita apabila tibanya hari ulang tahun rakan-rakan, keluarga atau siapa sahaja yang dikenali. Tahukah kita ajal kita telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dan tidak akan sedetik atau sesaat pun waktu itu akan dilengahkan. Tetapi kenapa kita masih membuat ucapan malah mendoakan panjang umur?
Ya, Rasullullah s.a.w pun pernah mendoakan sahabat & keluarganya begitu. Jadi bagaimana pula yang telah Allah nyatakan dalam Surah Al’ Araf ayat 34 @ 36 (maaf, Ceq Mas kurang pasti) & Al Waqiah ayat 60????
Sebenarnya panjang usia kita itu akan diberikan melalui zuriat yang soleh. Kerna hanya doa anak yang soleh sahaja mampu dibawa oleh kita selepas kita meninngal dunia. Dan hanya anak yang soleh sahaja yang akan memberi sedekah jariah yang dengan izinNya akan sampai kepada kita. Inshaallah.
Dengan ini, amal kebaikan & pahala akan sentiasa berterusan walaupun kita telah pun tiada di atas bumi.
Jadi, itulah maksud doa panjang usia yang selalu kita lafazkan.
Sekadar hanya mahu berkongsi sebab Ceq Mas pun tak tahu jugak before ni. Confiuskan. Allah dah tetapkan tarikh mati kita diawal kelahiran, jadi kenapa mesti kita doakan panjang usia. Owh.. rupanya begitula…Ceq Mas dapat info ini setelah menonton Tanya Ustaz di TV9. Terima kasih, Ustaz.
Semoga kami semua dipanjang usia dan sentiasa dalam rahmatNya.Inshaallah
weh,awat aku tatau pun mg ado anak menakan comey giles?? kiut miut sgt..hahaha..mcm aku!!
ReplyDeletelaaa x tau ko..aish mano bleh.mestila comel macam aunt dia ni
ReplyDelete