Nuffnang Ads

Friday, September 28, 2012

Hidup mesti happy

Kali ini tak sampai sebulan, rasa nak update blog. Hehehe
Memang masa tersangat la tight sekarang ni. Kerja, part time then study. Sekarang ni pulak dah kena start buat assignment. Huhuhu. Yang penting study betul-betul boleh releasekan tension kerja.
Kerja??? Biasalah, tak sah tak bagi orang pressure kan. Tapi saya dah set dalam mind, saya tak akan biarkan diri saya stress lagi dengan kerja-kerja ni. Nonsense! Tak pasal nak sakit kan kepala sebab kerja. Jadi cool je. Kalau ada orang yang cuba nak pressure kita, either kita pressure balik atau kita buat tak tahu aje. Serius, nonsense kita stress sebab kerja. Kalau stress sebab banyak buat dosa atau tak cukup amal ibadat yela jugak. Sebab mati tak tahu bila. Kerja sampai bila tak akan habis.
Sekarang saya ada aim sesuatu bersama rakan baik saya. Inshallah semuanya dalam progress. Inshaallah mudah-mudahan diberkati dan dipermudahkan.
*iklan: tetiba je akaq kat opis saya ni membebel. Ada je tak kena dengan orang lain. Huh! Ini lagi satu gangguan yang saya cuba nak lari
Dalam kesibukan merencanakan diri ni, terselit jugalah unsur-unsur yang kita elakkan. Cuba berlari tapi ada rupanya mengejar kita. Hurm…takpa la anggapkan itu satu ujian. Cukup kita maafkan orang dan kita harus ikhlas maafkan. Even perkara yang lepas memang tersangat la perit kan. Takpe. Cuma tak mungkin la kita dapat treat macam biasa. Gap tu tetap ada. Tak perlu la nak doakan agar dia akan rasa apa yang kita rasa. Ala macam orang selalu cakap tu, “ Takpe, nanti one day u akan rasa apa yang I rasa” dak gitu? Owh, tak payah la dek non oi. Doakan je apa yang terbaik. Tak usah nak berdendam. Dah namanya Allah itu Maha Adil. Dia Maha tahu apa yang perlu dilakukan.
Disebabkan rasa tenang dalam hati & happy maka, berat badan pun giat la menaikkan. Ada sorang guard dekat sales office tu tegur saya,
Guard   : U, Nik Mastura right?
Saya     : Yes, I am. Why? (akaq ni memang kepoh, mesti je nak tahu semua kan)
Guard   : Nothing. You look fat now.
Saya     : Ha? (sentap mak)
Guard   : No, because last time you are so thin. Now is ok.
Tak agak-agak kan si guard ni kan. Hahaha. Jadi, maknanya saya dah mula membina badan. Muka dah bulat dan seluar dah ketat. Sekian ok.
By the way nak cakap, oaring Malaysia ramai yang gemok sebab orang Malaysia selalu senang hati J








Sunday, September 16, 2012

Soalan raya : jodoh?

 

Terus terangnya saya hanya update sebulan sekali agaknya yea blog ni. hajat di hati memang nak consistent tapi.......hahahaha banyak sungguh la alasannya. 

By the way Syawal pun dah habis, tapi cerita pasal raya masih ada. hehehe
Saya pun nak update jugak pasal raya. 

Alhamdulillah raya kali ini ada banyak kegembiraannya. Banyaklah...syukur!
Disebabkan happy maka saya memang aktiviti lama sudah kembali.


Apa lagi kalau tak MAKAN!!! maka dengan itu hanya dalam masa seminggu saya pun menambah baikkan berat badan saya sebanyak 3 kilo.
Terbaik!!!

Kali ini jugak, ada la banyak sikit bergambar dari tahun-tahun lepas. Boleh la








Jadi, bila dah kumpul ramai-ramai cam gni, maka ramailah yang bertanyakan soalan untuk saya yang single ni kan. Single lagi ke i ni???hahahaha

 
Kalau korang apa jawapan bila ditanya macam tu???

Saya dah kehabisan jawapan. Jadi, saya boleh cakap tolong doakan saya. Yela banyak tanya sangat, doakannya tak. huh! hahahaha

Sampai maso nanti den bawok la balik ngumah nyo nanti yo. Jangan ngiso la sangat. hehehehe. (tetibo jadi nogori sombilan ni konapo??? ado hint ko ni.)


Begitulah yea. Sesiapa yang berada di situasi sama macam saya, jangan lah ambik hati sangat. Bersikap lah terbuka. Mungkin yang bertanya tu mereka yang mengambil berat tentang diri kita. Mereka mahu melihat kita hidup gembira dan bahagia. Cheers!!!
 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...