Nuffnang Ads

Monday, May 30, 2011

Mimpi....



Semalam kami menonton National Geography mengenai Tsunami di Jepun. Sungguh mengerikan dan kami menyaksikannya dengan penuh perasaan. Apa lagi terbawa-bawa agaknya dalam mimpi


Ceq Mas : mimpi air terjun terbesar di dunia, NIAGARA WATERFALLS. Yang tak tahan tu siap boleh berjalan-jalan di gigi air terjun tu..huh!seram...tapi nak juga jalan sebab nak hilangkan fobia gayat



Ceq Dya : mimpi tidur kat luxury seaside hotel. katanya maybe kat Brazil. bangun pagi-pagi selak langsir nampak kecantikan laut. Fuyooo.....



Apa maksud mimpi kami tu???Kata orang kalau mimpi air akan mendapat rezeki yang melimpah ruah. YEKE??? JENG JENG JENG

Monday, May 16, 2011

Suka & Tak Suka

SUKA
Kelantan masuk final jumpa ngan Ganu Kite kat Shah Alam, 11 Jun 2011. Nak pegi tengok ke tak ni yea???
Tanya member dulu. Gomo Klate Gomo

TAK SUKA
Shahir ngan Rozita Che Wan???iye ke???ala..........
hahaha cam la Shahir nak ngan ko Ceq Mas oiiii
tak tak..bukan Ceq Mas nak Shahir tapi...ala ngan yang lain rrrr
Rozita memang cantek...tapi ngan yang lain rrrr


hukhukhuk ambo happy doh Klate mene tapi kejut baco beautifulnara oyak Shahir gewe ngan Rozita...pah gano eh...nok suko ko nok tiok????
Mestila nok suko...sebab Klate mene..yeayy!!!

Sunday, May 15, 2011

Saya bersama seorang kawan tinggal di sebuah pangsapuri yang berjiran dengan jiran yang mempunyai dua orang anak lelaki. 
Seorang sudah bersekolah & mempunyai seorang kawan sepermainan.
Seorang lagi mungkin masih belum bersekolah

Pada suatu hari, kawan saya pulang kerumah lebih kurang dalam pukul 8.00malam. Sebelum sampai di pintu rumah, beliau melalui rumah jiran dimana terdapat 3 orang kanak-kanak lelaki sedang bermain.
2 orang yang lebih kurang umurnya bermain kad. 
Kawan saya tanya 'ai..asyik main kad je' ...bila beliau jalan ke depan sikit terdengar sayup suara 'yela tadi petang dah main bola, malam main la kad pulak'owh begitu rupanya rutin mereka.hehehehe

sesampai beliau di pintu rumah, datang pula seorang kanak-kanak (mungkin adik yang sorang tu kot), dia bertanya sambil menunding jari telunjuk ke pintu rumah kami yang bersawang. maka bermulala dialog antara budak itu dan kawan saya
Ape tu??
Mana??
Tu??
owh...labah-labah
bukan la..
abes ape??
-
-
-
-
-
-
Cicak man la

Owh..rupanya ada super hero yang menjaga rumah kami...kweng kweng kweng

Dah ok rasanya

Ceq Mas rasa macam dah ok kot. Alhamdulillah. Tapi masih banyak yang harus diperjuangkan..cewahh!!!

Tapi lately Ceq Mas rasa macam banyak...GERAM & NAK MARAH
Apa kobondonya yang geram sangat ni???
Saya (rasa macam dah tak sesuai nak gelarkan diri as Ceq Mas dalam situasi sekarang) tak gemar:
1) Perempuan yang suka berleter ataupun bercakap non stop.     macam h****
2) Suka buat joke bodoh tanpa meletakkan batas sama ada lelaki dengan perempuan, muda dengan si tua, bujang dengan yang dah berumah tangga  dan bla bla bla. paham-paham la sendiri. bak kata Nabil: lu pikir la sdiri
3) Suka menokok tambahkan cerita untuk menjadi lebih menarik ataupun  UNTUK MENYAKITKAN HATI ORANG LAIN ataupun SENGAJA NAK MENAKUT-NAKUTKAN AKA MENGUGUT ORANG LAIN
4) Manusia yang suka melebih lebih. contohnya: kita minta tolong something dengan someone tapi orang lain yang melebih-lebih
5) Orang yang susah nak say Thanks @ Sorry. bagi saya kalo dalam situasi 
    a) yang sepatutnya dia cakap Thanks, dan lepas tu dia 
        menyatakan sesuatu yang tak sepatutnya kita buat, saya tak 
        akan rasa nak marah. sebab word 'thanks' tu dah cukup 
        untuk individu tersebut menyatakan penghargaannya.  
        Means that saya tak mengharapkan apa-apa balasan sikit pun
     b) bersalah dan mengakui kesalahannya dengan menyatakan 
       Sorry, automatik rasa marah saya akan reda walaupun 
       kesalahan tersebut tidak dapat dimaafkan.

Moralnya di sini
a) berhati-hati dalam setiap tindak tanduk kita. Fikir dulu sebelum buat
b) sabar & sentiasa memaafkan orang jika anda adalah mangsanya

renung-renungkan dan selamat beramal-Dr Izi Haji Ali

Tuesday, May 10, 2011

Kalahkah saya???

Cabaran kerja makin kuat, saya???
saya sukakannya.saya inginkannya
TAPI
bila hadapinya...adakah saya sudah tertewas????
saya tak mahu mengalah

hurmm..sekarang rasa seperti time study dekat UTM dulu plak. Nak submit studio, presentation...tak tahu nak buat, apelagi tido la...

pucuk pangkalnya sekarang
1) saya tidak yakin
2) saya tidak tahu

saya tidak yakin dengan ape yang saya tahu membuatkan saya merasa tidak tahu ape yang saya mahu lakukan walhal saya memang tahu

pernahkah anda menghadapinya???bagaimanakah caranya???
saya???MENANGIS...sebab saya seorang perempuan..arghhh perempuan memang sinonim dengan tangisan

tapi kali ini rasa macam nak menyendiri.MIA...
tak nak jumpa sesiapa pun..tengok fb pun menyampah...yela nampak member2 update macam2.
hp??hurmm memang dah lama off la..tak payah la nak call. family?(takpe dah kasi no housemate..x de lain menyusahkan housemate je..hihihi)

Tekanan + Kesihatan yg x berapa baek = kusut
Astagfirullahhanaazim...
Sakit belakang, kaki krem, jerawat banyak, rambut gugur, sakit kepala
dugaan ni kan??? Allah sedang uji saya.
tapi saya tak nak give up.

Tertarik dengan tips hadapi stress ini
1) Biasakan diri dalam keadaan wudhuk
2) Perbanyakkan baca Quran (kalo period???banyakkan zikir)
3) Banyakkan solat sunat
4) Selalu berdoa (kalo period mcm mana adab berdoa ye??)
5) Bersangka baik pada Allah (nnt Dia nak kasi kegembiraan untuk kita kan kan)
6) Lakukan kegiatan luar spt sukan (dah tgh malam tak boleh buat la)
7) Amal diet dgn disiplin kuat (kali ni saya dah tak selera. tapi saya masih makan masakan housemate saya. saya takut gastrik. nanti tambah lagi sakit saya)
8) Menangis sepuas hati (best best.tapi kali ni dah nages pun masih tak lega)
9) Hargai kebolehan diri sendiri (semuanya berkaitan dengan keyakinan.arghh saya mesti yakin.saya ada Allah)
10) Cintai diri sendiri

USAHA + SABAR + TAWAKAL = KEJAYAAN
inshaallah sinar kejayaan akan saya perolehi nanti. doakan saya yea!
minta maaf jika ada yang tersinggung.saya sayang family saya, saya sayang kawan2 saya, dan saya rindu kamu ;)
saya pun doakan kamu semua

saya tetap tak mahu mengalah

Wednesday, May 4, 2011

Bulan Kahwin

Bulan ni & depan memang ramai member2 Ceq Mas yang hendak mendirikan rumah tangga...Jadi???bile dijemput maka wajibla menghadirinya. Hurmmm tak semua yang Ceq Mas dapat attend disebabkan perkara2 yang tak dapat dielakkan.So, ape yang penting? Kerjasama. hahahaha

Jadi di sini Ceq Mas nak amik kesempatan untuk ucapkan


Semoga Bahagia & sentiasa diberkati selalu.

ermm...nak senaraikan ke? Ok jugak
1) Din & Nurul
2)Yati & Mus
3) Lyn & Alif
4) Zana & Arif
5) Haziq & pasangan
6) Pit & Azwa
lagi...maybe belum sampai jemputannya....hehehehe.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...